Rabu, 25 November 2009

camne nk berlapang dada?

- 1st btolkan niat,ape2 yg kt buat msti krn Allah S.W.T....kalo bende ni x beres...tu sbb kt susah nk berlapang dada.
- Buat je...kalo bende yg kt buat tu x melanggar syarak, buat ape nak takut kan?
- X perlu kisahkn ape org lain nk ckp...yg penting kt buat...n yg paling penting kt jgn merungut, membebel atau ape2 yg sewaktu dgnnya...even tunjuk muke marah pon x payah..buat muke selambe jer...dah kt yg nak buat bende tu kan?
- x kisah ape yg org lain ckp kalo ckp2 yg negatif, yg melunturkn semangat kt tp kt msti kne open minded n open hati utk ckp2 yg positif, yg membantu kt utk capai cita2 n bersemangat waja...sbb x sume yg kt buat tu, mungkin btol dlm pemikiran kt tp sebenarnyer...adela part yg kt lemah kan...so kene gak trime,dgr n fikir-fikirkan pendapat org lain...coz nobody is perfect...msti selalu mintak tlg ajar dr org lain.
- tawakal pd Allah, smoge ape yg kt buat diredhai olehNya...selalu minta dlm doa kt..Allah beri petunjuk dlm setiap tindakan kt..sbb kt byk menyimpang kalau tdk ada petunjuk dariNya...

Penyakit umat masa kini

"Dakwah ini adalah kepunyaan ALLAH bukannya milik individu. ALLAH telah mengajar orang-orang yang beriman bahawa dakwah terikat kepada kehendakNya bukan kepada para duat, nasib setiap individu daripada dakwah ialah sesiapa yang beramal untuknya maka ALLAH akan memuliakannya dengan sebab amalnya, sesiapa yang meninggalkan beramal untuk dakwah maka ALLAH akan menjauhkan kebaikan daripadanya dan dakwah tidak mendapat mudarat sedikitpun."


Pesanan Saidina Umar:

"Islam akan terungkai dari diri seseorang bila dia tidak mengenali jahiliyyah."

* Kita kene kenal jahiliyyah.
* Pastikan tiada dalam diri kita.

Penyakit Ummah Masa Kini

* Zon selesa.
* Disibukkan dengan urusan dunia.
* Lupa kewajipan dakwah.
* Seolah-olah masa student/masa sekolah dulu je dah cukup.
* Prioriti tidak diambil kira
* Cth: Hujung minggu buat apa?
Memerap kat rumah?
Main game?
Tengok TV?
* Alangkah baiknya sekiranya masa ini kita manfaatkan untuk dakwah.
* Hilang rasa izzah dengan Islam.
* Tak kisah dengan Ummah.
* Futur...

Punca Futur: Afat 'Ala Tariq oleh Dr Sayyid Muhammad Nuh

* Suka berlebih-lebih dalam perkara mubah.
* Suka bersendiri dan berjauhan daripada jamaah.
* Kurang mengingati mati dan akhirat.
* Lengah dengan syubhat dan dosa.
* Membataskan aktiviti pada aspek tertentu sahaja.
* Cth: kalau menulis, menuuuuulis je. So kalau takde ruang menulis; futur.
* Melupakan sunnah 'alam.
* Ada masa kita sakit; ada masa kita sihat.
* Ada kelahiran dan ada kematian.
* So kita perlu terima dengan redha.
* Jangan buat perkara yang melampau batas kerana lupa sunnah 'alam.
* Tidak ada persiapan menghadapi cabaran di jalan dakwah.
* Jalan dakwah ni sengit, sukar (Nabi Nuh - 950 tahun - bilangan yang terima masih sedikit - Surah Nuh).
* Rintangan bermacam, termasuk anak dan isteri (Nabi Nuh, Nabi Lut).
* Lebih banyak bercampur dengan teman-teman tidak soleh.
* Asalnya nak pengaruhi; akhirnya terpengaruh.
* Bekerja untuk dakwah tanpa bersistem.
* Perlu rancang dengan baik.
* Pandangan sorang takkan sama dengan pandangan 5 orang.

Surah at-Taubah (mafhum) ayat 11:

"Sesungguhnya ALLAH telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka."

Musibah Seorang Da'ie

Ia berpunca daripada:
* kelemahan cita-cita dan
* kesenangan akan keselesaan atau kesantaian.
Ia hasil dari:
* Banyak melakukan perkara yang sia-sia.
* Kelalaian.
* Mempunyai waktu yang kosong.

"Dakwah hanya untuk sisa-sisa waktu, tidak menjaadikan dakwah sebagai profesion, tidak mencintai dakwah dengan penuh kesungguhan..."

Tiada Istilah Cuti untuk Da'i

"Mencari istirehat di dunia ini tidaklah dibenarkan bagi seorang yang mempunyai harga diri, kerana sesungguhnya di antara mereka masih akan mengalami kelelahan pada bila-bila masa." - Imam Syaf'ie

"Aku dibuat tertawa oleh orang-orang yang mengharapkan dunia padahal maut mengejarnya dan orang yang lalai, padahal ia tidak dilupakan, orang yang tertawa dengan mulut lebar sedang dia tidak mengetahui apakah ALLAH redha padanya atau Dia murka." - Abu Darda'

"Manusia selalu tenggelam di dalam kelalaian padahal roda kematian terus berputar."

"Kasihan kamu, bagaimanakah dengan kamu bila telah digali lubang 4 hasta buat kamu?" - Abu Darda'

* Agak-agak kita mati nanti, ada tak benda yang kita tinggalkan untuk menjadi peringan beban di kubur?

Penyakit Pekerja Dakwah

* Tidak menjadikan masjid sebagai tempat untuk mengukuhkan hati dan penggerak
* Utk istiqamah di jalan dakwah perlu dekatkan diri dengan pintu istiqamah iaitu melalui mihrab (masjid).
* Setiap da'ie --> patut mula dari masjid untuk aktiviti dakwah.
* 'Amalan solat generasi salaf:
* Bisyr Ibnu l-Hassan: ahli hadith - gelaran as-safi - sebab 40 tahun tak pernah lepas dari saf pertama.
* Ibrahim Ibn Maimun al-Marwazi: da'i, ahli hadith, ahli fiqh - buka kedai tukang emas - tutup kedai untuk sampai berjamaah.
* Tidak melalui MADRASAH MALAM, menyebabkan hati keras dan gersang, juga keras hati orang yang memandangnya.

"Cukuplah bagimu sebagai buktinya, bahawa ada suatu kaum yang telah tiada, tetapi dapat menghidupkan hati yang mati dengan mengingat mereka dan ada pula kaum yang lainnya yang hidup, tetapi dapat membuat hati keras dengan melihatnya." - Bisyr Ibn Harith al-Haafi

Pesanan Abdul Qadir Audah

"Dakwah ini adalah kepunyaan ALLAH bukannya milik individu. ALLAH telah mengajar orang-orang yang beriman bahawa dakwah terikat kepada kehendakNya bukan kepada para duat, nasib setiap individu daripada dakwah ialah sesiapa yang beramal untuknya maka ALLAH akan memuliakannya dengan sebab amalnya, sesiapa yang meninggalkan beramal untuk dakwah maka ALLAH akan menjauhkan kebaikan daripadanya dan dakwah tidak mendapat mudarat sedikitpun."

untuk difikir-fikirkan...

salam.... Allah akan menguji setiap kata yang keluar dari bibir kita.
Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu ujian sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu?Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah rasul dan orang-orang beriman bersamanya, "Bilakah datangnya pertolongan Allah?"Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat" (Al-Baqarah: 214)

1 ayat yang kalau dibaca..mcm simple...tapi praktikalnya atau hakikatnya susah sebenarnya....dikala waktu diuji terasa dunia sempit, awan sentiasa kelihatan mendung,hati menangis, dicampur dgn rasa marah dan hiba, sayu, tiada teman sebagai tempat mengadu, resah gelisah, rasa tidak tenang.....
Sebenarnya apa yang berlaku?? Kita mengaku diri Muslim tapi bila diuji sedikit sahaja,mudahnya mengalah, mudahnya marah......dikala kita sebenarnya dituntut untuk bersabar dan berusaha demi mencapai yang terbaik..
Terbaik?? bukan bererti kita di 'atas'...pangkat yang tinggi?harta yang melimpah ruah?
Semua itu tidak bererti sama sekali...kalau Allah tidak redha dengan kita, tidak bererti kalau kita tidak mendapat darjat disisiNya....
Sekali lagi Allah memandang usaha bukan hasilnya.Setakat mana yang kita mampu, setakat itulah yang kita kerjakan. Ingat!! ujian yang kita lalui tidak setanding dengan orang-orang sebelum kita... Saidina Abu Bakar,Saidina Umar, Sallehudin Al-Ayubi... semuanya melalui ujian masing-masing... Di mana darjat mereka sekarang di sisi Allah? Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar, mereka dijanjikan syurga. Janji yang belum pernah dilihat oleh mata, didengar oleh telinga, terlintas di hati. Lebih berharga daripada segunung emas di dunia. Mereka tidak mungkin menukar ganti walau nyawa melayang pergi. Kini, mereka menuju ke sana dengan amalan yang dijanjikan. Bagaimana pula dengan kita?